Hidup sederhana tapi kaya ilmu sudah menjadi amalan sejak dulu lagi. Biar kita hidup sederhana asalkan kita mempunyai pemikiran tinggi. Tapi kan sekarang ni sudah berbeza sikit. Budaya mengaggungkan konsumerisme yang dipengaruhi neo-liberak kapitalisme barat dengan memilih kehidupan mewah menjadi gaya hidup masa kini, sedangkan budaya ilmu yang serius ditolak ke tepi seperti menolak makanan yang tidak disukai.
Ahli Sunnah Wal Jamaah di dunia Melayu..
Pelajaran ahli sunah mestilah berjalan dengan berkesan dikalangan muslim dengan mengambilkira perkembangan terkini, persaudaraan dikalangan orang islam mestilah mengikut prinsip ahli sunnah dan ahli sunnah adalah kerangka dan asas tamadun.
Seperti diketahui dalam tahun 1970 gerakan dakwah bergerak aktif dan dapat memberi impak positif (walaupun ada dakwah yg songsang dan pengaruhi pemikiran umat Islam). kesedaran amalan memberi salam, menyediakan kemudahan surau dijabatan kerajaan dan pusat membeli belah serta penerapan nilai etika kerja ini semua hasil dari gerakan dakwah.
Kita dan saya juga perlu sentiasa ingat bahawa orang Melayu mempunyai falsafah kehidupan tersendiri yang tradisional iaitu hidup bersendikan adat, adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah. (Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady).
Kita perlu wujudkan semangat kasih kepada ilmu dan sayang kepada ulama. Apa yg penting jaga agama, akhlak dan hormat kepada para pemimpin. Jangan jadikan budaya koboi sbg gaya hidup... budaya koboi?? %#$&*^%()@#$%..
Saya akan dan perlu sentiasa mengamalkan amalan kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan, pemikiran, ber-budaya, berkasih sayang, juga dalam membeli belah....yg ni kekadang tersasar gak..tetapi akan melebih-lebihkan dalam membeli buku, menambahkan ilmu, menambah zuriat, BERDOA kepadaNya, solat, solat dan solat. ameen...
Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment