Friday, October 23, 2009

per-mata-hati

perasmian taska komuniti, sentul
Ibu-bapa bekerja, anak anak akan dihantar kepada satu organisasi atau orang perseorangan untuk dijaga. basic le.. kalu tak kerja , buat waktu ni tak boleh lagi. kerjaya perlu berada di tahap profesional lagi 3 tahun. penuhkan log book, tahun 2013 baru boleh ambil exam part 3, LAM ..jika lulus baru di gelar profesional ........profesional ??? insyaAllah.
Seronok dengan persembahan kawan2 haziqah di taska ini, menyambut tetamu vip utk merasmikan taska tempat asuhan yang 'separuh' penuh dengan ilmu awalan kanak-kanak.
Seawal 7.30 pagi. hari sabtu .3 oktober 2009 kami sekeluarga bergegas ke taska sentul..sepatutnya jam 7.30 kami kena berada di taska..tetapi sebaliknya... kami memang selalu lewat kemana-mana sahaja tak kira le ke pejabat, perjumpaan, kenduri khawin, majlis berbuka puasa, dll..kami le antara yang terakhir sampai..dah cuba berubah tapi masih di takuk lama...kalu cepat ..kami le antara tetamu yang akan datang paling awal sebelum majlis dan seantaranya bermula...masalahhhhh. Bak, memecut 130km/j di jalan sungai besi menyusur ke jalan mahameru akibatkan semua di dalam kereta WJT segar-bugar serta merta.

aktiviti merubah wajah.. 'make-up' anak-anak oleh teacher
haziqah 4 tahun 1 bulan
antara peralatan dan bahan belajar di taska MAPKEM

antara buku dan peralatan yang di sponser oleh orang perseorangan dan NGObiologi
geografi macam-macam gelagat dan aksi...susah nak diri tegak ikut peraturan...aik nak nyanyi lagi ke....turun le kakak oi...nangis plakss .......letih kut...keletihan hingga tertidur lena...paling senang hati si adiknya....harry..maintain cool...apa terjadi...tetap cool...

renungan

Sudah lama tidak menulis dalam blog ini, masa amat limit utk menulis kerana byknya perkara-perkara remeh temeh kehidupan terutamanya kerja pejabat yang tidak pernah habis..Rasa bersalah kepada organisasi kerana kelembapan diri berbeza sebelum ini. Maybe terlalu lama berada di kerusi yang telah terasa struktur besinya. Bersama anak-anak yang begitu bijak dan aktif dalam percakapan, berbuatan dan reaksi sesuatu perkara dan benda baru. Rasa bersalah kepada keluarga kerana tidak dapat beramah mesra dan berdiskusi bersama. Tetapi yang pasti rasa bersalah teramat kepada Allah kerana byk kelalaian terhadapNya dalam mendalami ilmu yang telah di wahyukan. Maafkan hambamu ini Allah. Yang pasti aku sentiasa berusaha berbakti dan menyenangkan semua orang hanya dengan izinNya.
Secebis renungan bersama ;
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada ALLAH. (surah Al-Hasyr, ayat 21)
Al-Quran akan terus di selidiki dan di fahami. dengan izinNya.

Monday, October 12, 2009

gerun menyelubungi diri!!

ALAM MAHSYAR lebih lama daripada alam dunia. (petikan diambil dari http://umi-azrini.blogspot.com/ terima kasih umi kauthar dengan maklumat sangat-sangat-sangat bagus ini...)

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tandukbesar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikatyg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri..
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaansiapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendirimenjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi MahaPerkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg MahaKuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati..
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniupsangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atasbumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidakberbukit atau bulat seperti bumi..
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anakpokok yg kembang membesar dari biji benih..
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut danbimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak..
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yangmenghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka..
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskancahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulahhuru-hara yang amat dahsyat..
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan..
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hinggadirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun..
10. Terdapat satu kolam ( ÍæÖ ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kauthar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukminsahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segiempat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga..
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:a. Pemimpin yang adil.b. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.c. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.d. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.e. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata"Aku takut pada Allah".f. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).g. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanyakerana takutkan Allah..
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusiatidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian merekaterdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa denganNabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau jugaada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., NabiIsa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnyamereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yanglain adalah 1000 tahun perjalanan..
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda..
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hinggamenakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Laluterbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi..
15. ‘Arasy ( ÚÑÔ ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istanayang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat..
16. Kursi ( ßÑÓí ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana..
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakantimbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turundari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglahia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis olehmalaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin..
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiappengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan..
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., danamalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertamakali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah..
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akanmencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengantangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukanmukmin..
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu NeracaTimbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidahdan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untukmenimbang dosa..
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhabuntuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab..
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang..
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata,kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana..
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramaiuntuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat..
26. Syafaat Nabi Muhammad s..a.w. di akhirat :a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkanhisab.b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala..
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhanuntuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain..
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurgamelintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yangterbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelairambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orangmukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya..
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhlukyang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korbandan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya..
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka..
(Umi kauthar meRujuk :Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.Pustaka Nasional Singapura 2004 )

Tuesday, September 8, 2009

rumah yang di hormati

Di bulan Ramadhan ni tiap tiap hari di TV1 jam 2 pagi akan disiarkan secara langsung solat tarawih di Baitul Haram. Teruja, tergamam, terharu dengan limpahan manusia dan ayat-ayat yang dibacakan. Terfikir di minda, bila le seruan ke rumah istimewa ini akan ku jejaki. Alangkah seronok dan bertuahnya jika aku dapat ke sana mengerjakan segala amalan yg di wajibkan dan di sunatkan. Bila kah akan aku ke sana!.... tolong Allah, hantar lah aku kesana bersama seluruh keluarga ku.
Kaabah dibina sejak Nabi Adam yang mana Allah memerintahkan supaya mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit. Itulah keistimewaan Kaabah hingga hari ini yang mempunyai kedudukan selaras dengan Baitul Makmur di langit. Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf mengantikan tempat asal iaitu di Arasy. Arasy kawasannya amat luas untuk melakukan satu tawaf yang mungkin menjangkau waktu hingga ke Kiamat. sebelum Baitul Makmur dicipta, malaikat bertasbih, membesarkan Allah dan bertawaf di sekitar Arasy.
Kemudian Kaabah diperintah kan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang mana sesetengah riwayat menyatakan bahawa binaan ini dibina di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas/tapak binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir besar dan taufan yang melanda di zaman Nabi Nuh a.s. Nabi Ibrahim berkata pd anaknya "bawakan batu yang baik kepadaku sebagai tanda kepada manusia yang akan diletakkan di satu sudut". Kemudian malaikat Jibrail memberi ilham pada Ismail supaya mencari batu hitam (Hajar Aswad) dan serahkan kepada bapanya. Batu hitam ini dibawa turun oleh malaikat dari langit/syurga ke dunia.
Sesetengah meriwayatkan batu hitam ini berasal dari syurga yang sama-sama turun ke bumi bersama dengan nabi Adam dan Hawa. Batu ini kemudian hilang di bawa banjir besar zaman Nabi Nuh dan sehinggalah ditemui semua oleh Nabi Ismail dengan bantuan Malaikat Jibrail. Kaabah dengan segala macam ke-istimewa-an telah berdiri kukuh selama hampir 2000 tahun hingga saat ini. (sumber; buku sirah Nabawiyyah SAW-terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia )
Saiz kaabah:
  • Tinggi 13 meter 15 cm dan keseluruhan saiznya 207 m persegi.
  • Bilik Kaabah 13 x 9 m.
  • Dinding Kaabah setebal 1 m.
  • Lantai di dalam 2.2m lebih tinggi daripada tempat org mengerjakan tawaf.
  • Siling dan bumbung dibuat dari kayu.
  • Dinding dibuat daripada batu.
  • Dinding di dalam tidak di lepa manakala di luar dilepa.
  • Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad s.a.w

Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim;

  • Dinding Timur 16m 15 cm.
  • Dinding Hatim 11 m.
  • Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamami 10m.
  • Dinding Barat 15.5 m.
  • Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah.

Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraisy. Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Sememangnya alam pembinaan ini telah wujud sebelum dan sejak nabi Adam lagi, sama lah dengan fungsi / peranan seorang arkitek yang mana sebagai pengantara menilai tapak, merancang strategi binaan, merekabentuk, menyusun atur kemudahan asas termasukkan menganggarkan kos. Sensitiviti dalam merekabentuk rumah/binaan sebagai pe-lindung , pe-neduh , pen-yelamat perlu di titikberatkan.

Bermula dari peletakkan batu tanda asas, hinggalah terdirinya binaan, semua mempunyai nilai, cerita dan isu tersendiri.

Sunday, September 6, 2009

4 tahun lah...

happy birthday aimi haziqah ahmad nasyution . 05 september....'mama mama kakak nak kek'...nak kek!! buat buat terperanjat dengar haziqah minta kek, dah masuk hari kedua baru dapat kek yg diminta tapi mama beli yg ini jer, 'hidup kena sederhana kakak' hahaah (alasan mamanya ler tu).

di restoran po'sen, kajang

kek bulan puasa. hehe

pisau potong kek paling antik..


kakak begitu gembira dan teruja dengan kek ni..




Hari kedua sambut ulang tahun di Restoran Putri Bongsu, Bangi bersama atok, cik mamat, cik manja, abg didi dan azim. Planning awal nak pergi muara ikan bakar tanjung harapan, klang, tapi lambat booking tempat, yang penting keseronokan berbuka dirasai semua yg hadir.

musim bunga kerohanian

Hari ini 17 Ramadhan/7 sep 09, hari Nuzul Al-Quran. Al-Quran diibaratkan sebagai jiwa dan peribadi manusia untuk menjadi bahagia yang hakiki hingga ke akhir zaman.
Kitabullah juga bererti 'bacaan', asal kata 'qaraa'. Didalam isinya ada tersebut ayat 17,18 surah Al-Qiyaamah. "Sesungguhnya mengumpulkan Al-Quran di dalam dadamu dan menetapkan bacaannya pada lidahmu itu adalah tanggungan Kami. Kerana itu jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya."
Kitab ini diwahyukam kepada Nabi Muhammad s.a.w, ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah. Adz-Dzikir (nama lain bg A-Quran) ini diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari, 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah.
Di dalam Al-Quran ada banyak ayat-ayat yang mengutarakan penghargaan yang tinggi terhadap huruf, pena dan tulisan. Oleh yang demikian kita sebagai hamba padaNya perlulah belajar menulis dan membaca.. tidak kira usia...sejak dari dalam perut lagi kita telah mengajar anak mendengar, membaca, berkata-kata dengannya. Ada sesetengah berpendapat tidak perlu mengajar kanak-kanak sedari usia 1,2,3 tahun kerana nanti akan membuatkan anak itu merasa bosan di sekolah . Bagaimana boleh dikata kan begitu! sedangkan ilmu berupa buku, cd, internet dll makin bertambah dan bertambah dari hari ke hari. Ilmu ini tidak akan habis or putus hingga akhir dunia. sepertikata penulis terkenal Umi Azrini @ Umi Kauthar Abdul Razak http://umi-azrini.blogspot.com 'buat buku yang jangka hayat rak yang panjang'. Menulis dan berkarya tiada penghujungnya.
Ramadhan yg mulia ini diibaratkan 'musim bunga kerohanian' bagi kita umat Muhammad s.a.w, tapi banyak kelemahan yang wujud dalam jiwa ini, dari dulu hingga kini. tapi akan ku usahakan mengejar syurga firdaus Mu, walaupun banyak dosa telah dilakukan. Nak bersihkan diri macam membasuh baju menggunakan jenama clorox tidak mugkin begitu mudah. Oh Allah terimalah hambamu ini di akhirat nanti. ameen..
Wahai anak anakku moga kalian pintar macam Luqman-Hakim- pintar agama, pintar ikhtiar!

Friday, August 21, 2009

favourite vehicle

Bayerische Motoren Werke (BMW)

BMW roundel in 1939


BMW is a automobile, motorcycle and engine manufacturing company. Founded in 1916, it is known for its performance and luxury vehicles.

The circular blue and white BMW logo or roundel is portrayed by BMW as the movement of an aircraft propeller, to signify the white blades cutting through the blue sky – an interpretation that BMW adopted for convenience in 1929, twelve years after the roundel was created. The emblem evolved from the circular Rapp Motorenwerke company logo, from which the BMW company grew, combined with the white and blue colors of the flag of Bavaria, reversed to produce the BMW roundel.


BMW headquarters in Munich, Germany.

BMW have so many large-scale production models/series :

1 series : 2004 - present

BMW new class : 1962 - 1975

3 series : 1975 - present (paling byk model)

5 series : 1972 - present

6 series : 1976-1989, 2003-2012
7 series : 1977 -present
X3 : 2003 - present (SUV)
X5 : 2000 - present

X6 : 2008 - present
Z4 : 2002 - present


All this is my favourite vehicle.
I hope one day I can buy and drive this vehicle.