Sunday, September 6, 2009

musim bunga kerohanian

Hari ini 17 Ramadhan/7 sep 09, hari Nuzul Al-Quran. Al-Quran diibaratkan sebagai jiwa dan peribadi manusia untuk menjadi bahagia yang hakiki hingga ke akhir zaman.
Kitabullah juga bererti 'bacaan', asal kata 'qaraa'. Didalam isinya ada tersebut ayat 17,18 surah Al-Qiyaamah. "Sesungguhnya mengumpulkan Al-Quran di dalam dadamu dan menetapkan bacaannya pada lidahmu itu adalah tanggungan Kami. Kerana itu jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya."
Kitab ini diwahyukam kepada Nabi Muhammad s.a.w, ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah. Adz-Dzikir (nama lain bg A-Quran) ini diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari, 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah.
Di dalam Al-Quran ada banyak ayat-ayat yang mengutarakan penghargaan yang tinggi terhadap huruf, pena dan tulisan. Oleh yang demikian kita sebagai hamba padaNya perlulah belajar menulis dan membaca.. tidak kira usia...sejak dari dalam perut lagi kita telah mengajar anak mendengar, membaca, berkata-kata dengannya. Ada sesetengah berpendapat tidak perlu mengajar kanak-kanak sedari usia 1,2,3 tahun kerana nanti akan membuatkan anak itu merasa bosan di sekolah . Bagaimana boleh dikata kan begitu! sedangkan ilmu berupa buku, cd, internet dll makin bertambah dan bertambah dari hari ke hari. Ilmu ini tidak akan habis or putus hingga akhir dunia. sepertikata penulis terkenal Umi Azrini @ Umi Kauthar Abdul Razak http://umi-azrini.blogspot.com 'buat buku yang jangka hayat rak yang panjang'. Menulis dan berkarya tiada penghujungnya.
Ramadhan yg mulia ini diibaratkan 'musim bunga kerohanian' bagi kita umat Muhammad s.a.w, tapi banyak kelemahan yang wujud dalam jiwa ini, dari dulu hingga kini. tapi akan ku usahakan mengejar syurga firdaus Mu, walaupun banyak dosa telah dilakukan. Nak bersihkan diri macam membasuh baju menggunakan jenama clorox tidak mugkin begitu mudah. Oh Allah terimalah hambamu ini di akhirat nanti. ameen..
Wahai anak anakku moga kalian pintar macam Luqman-Hakim- pintar agama, pintar ikhtiar!

No comments:

Post a Comment