Tuesday, September 8, 2009

rumah yang di hormati

Di bulan Ramadhan ni tiap tiap hari di TV1 jam 2 pagi akan disiarkan secara langsung solat tarawih di Baitul Haram. Teruja, tergamam, terharu dengan limpahan manusia dan ayat-ayat yang dibacakan. Terfikir di minda, bila le seruan ke rumah istimewa ini akan ku jejaki. Alangkah seronok dan bertuahnya jika aku dapat ke sana mengerjakan segala amalan yg di wajibkan dan di sunatkan. Bila kah akan aku ke sana!.... tolong Allah, hantar lah aku kesana bersama seluruh keluarga ku.
Kaabah dibina sejak Nabi Adam yang mana Allah memerintahkan supaya mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit. Itulah keistimewaan Kaabah hingga hari ini yang mempunyai kedudukan selaras dengan Baitul Makmur di langit. Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf mengantikan tempat asal iaitu di Arasy. Arasy kawasannya amat luas untuk melakukan satu tawaf yang mungkin menjangkau waktu hingga ke Kiamat. sebelum Baitul Makmur dicipta, malaikat bertasbih, membesarkan Allah dan bertawaf di sekitar Arasy.
Kemudian Kaabah diperintah kan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang mana sesetengah riwayat menyatakan bahawa binaan ini dibina di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas/tapak binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir besar dan taufan yang melanda di zaman Nabi Nuh a.s. Nabi Ibrahim berkata pd anaknya "bawakan batu yang baik kepadaku sebagai tanda kepada manusia yang akan diletakkan di satu sudut". Kemudian malaikat Jibrail memberi ilham pada Ismail supaya mencari batu hitam (Hajar Aswad) dan serahkan kepada bapanya. Batu hitam ini dibawa turun oleh malaikat dari langit/syurga ke dunia.
Sesetengah meriwayatkan batu hitam ini berasal dari syurga yang sama-sama turun ke bumi bersama dengan nabi Adam dan Hawa. Batu ini kemudian hilang di bawa banjir besar zaman Nabi Nuh dan sehinggalah ditemui semua oleh Nabi Ismail dengan bantuan Malaikat Jibrail. Kaabah dengan segala macam ke-istimewa-an telah berdiri kukuh selama hampir 2000 tahun hingga saat ini. (sumber; buku sirah Nabawiyyah SAW-terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia )
Saiz kaabah:
  • Tinggi 13 meter 15 cm dan keseluruhan saiznya 207 m persegi.
  • Bilik Kaabah 13 x 9 m.
  • Dinding Kaabah setebal 1 m.
  • Lantai di dalam 2.2m lebih tinggi daripada tempat org mengerjakan tawaf.
  • Siling dan bumbung dibuat dari kayu.
  • Dinding dibuat daripada batu.
  • Dinding di dalam tidak di lepa manakala di luar dilepa.
  • Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad s.a.w

Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim;

  • Dinding Timur 16m 15 cm.
  • Dinding Hatim 11 m.
  • Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamami 10m.
  • Dinding Barat 15.5 m.
  • Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah.

Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraisy. Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Sememangnya alam pembinaan ini telah wujud sebelum dan sejak nabi Adam lagi, sama lah dengan fungsi / peranan seorang arkitek yang mana sebagai pengantara menilai tapak, merancang strategi binaan, merekabentuk, menyusun atur kemudahan asas termasukkan menganggarkan kos. Sensitiviti dalam merekabentuk rumah/binaan sebagai pe-lindung , pe-neduh , pen-yelamat perlu di titikberatkan.

Bermula dari peletakkan batu tanda asas, hinggalah terdirinya binaan, semua mempunyai nilai, cerita dan isu tersendiri.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.....

    Menarik penuh dengan ilmu dunia dan akhirat. Adakan lagi cerita-cerita sebegini.

    Walaikumsalam...

    ReplyDelete