Friday, October 23, 2009

renungan

Sudah lama tidak menulis dalam blog ini, masa amat limit utk menulis kerana byknya perkara-perkara remeh temeh kehidupan terutamanya kerja pejabat yang tidak pernah habis..Rasa bersalah kepada organisasi kerana kelembapan diri berbeza sebelum ini. Maybe terlalu lama berada di kerusi yang telah terasa struktur besinya. Bersama anak-anak yang begitu bijak dan aktif dalam percakapan, berbuatan dan reaksi sesuatu perkara dan benda baru. Rasa bersalah kepada keluarga kerana tidak dapat beramah mesra dan berdiskusi bersama. Tetapi yang pasti rasa bersalah teramat kepada Allah kerana byk kelalaian terhadapNya dalam mendalami ilmu yang telah di wahyukan. Maafkan hambamu ini Allah. Yang pasti aku sentiasa berusaha berbakti dan menyenangkan semua orang hanya dengan izinNya.
Secebis renungan bersama ;
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada ALLAH. (surah Al-Hasyr, ayat 21)
Al-Quran akan terus di selidiki dan di fahami. dengan izinNya.

No comments:

Post a Comment